Tuesday, April 30, 2013

Info


GEMAS JAMBOREE T-SHIRT


dan banyak lagi hadiah yang bakal menyusul untuk dibawa pulang...

Monday, April 15, 2013

Pengenalan


Dewasa ini pelbagai aktiviti sukan, kecergasan dan rekreasi yang melibatkan penyertaan daripada semua golongan masyarakat sedang giat dilaksanakan. Ia  satu usaha ke arah gaya hidup sihat. Maka kita dikejutkan dengan satu fenomena baru yang melanda masyarakat di Malaysia iaitu Sukan Berbasikal Lasak (MTB) yang semakin mendapat tempat di hati penggiat sukan tanah air.

Hari demi hari ada sahaja kejohanan atau jamboree berbasikal yang dianjurkan oleh agensi-agensi swasta serta kelab-kelab berbasikal di tanah air. Maka sehubungan itu lahir banyak kelab-kelab lumba basikal yang kian bergerak aktif di sekitar kejiranan. Dengan itu pihak pengurusan SMBC mengambil inisiatif untuk menganjurkan jamboree MTB ini bagi daerah Gemas. Dengan kerjasama badan-badan kerajaan seperti Majlis Daerah, Polis Di-Raja Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan, diharap program ini dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Aktiviti berbasikal merupakan satu aktiviti yang begitu menarik minat semua golongan masyarakat. Setiap minggu aktiviti ini dijalankan di serata tempat dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Hinggakan lahirnya kelab-kelab berbasikal yang berdaftar bertujuan membudayakan gaya hidup sihat dan cergas melalui berbasikal. Aktiviti ini juga dapat mengeratkan perhubungan sesama kaum. Maka dengan itu, kami telah mengambil iktibar dan sebagai tanda sokongan  atas permintaan generasi muda serta masyarakat dalam aktiviti tersebut maka satu program iaitu "GEMAS XC MTB JAMBOREE 2013" akan dilaksanakan.



OBJEKTIF : 
  1. Mengeratkan hubungan kemasyarakatan orang awam.
  2. Menggalakkan aktiviti riadah sebagai satu aktiviti sihat.
  3. Menghargai kesihatan diri dan alam sekitar.
  4. Meningkatkan ekonomi penduduk daerah Gemas.
  5. Menarik perhatian pelabur-pelabur menjana pembangunan di daerah Gemas.
  6. Mempromosikan kehidupan harmoni dan sihat.
 

Info Acara

  • Nama Acara              : GEMAS XC MTB JAMBOREE 2013
  • Tarikh                         : 10 November 2013 (Ahad)
  • Masa                          : 8.30 AM
  • Tempat                       : Dewan Serbaguna, Gemas
  • Pengurus Acara       : Sporting Mountain Bike Club
  • Konsep Acara           : Cross Country Jamboree
  • Jarak                          : 45km ++
  • Yuran Penyertaan     : RM 50 (Sebelum 25 Ogos 2013)



Aturcara

Tarikh    : 9 November 2013 (Sabtu)
Tempat : Farmasi Gemas Sdn Bhd (Exact location will be informed later)

- Pengambilan Goodies




Tarikh    : 10 November 2013 (Ahad)
Tempat : Dewan Serbaguna, Gemas



MASA
PERKARA
08.00 pagi
Peserta berkumpul di Dewan Serbaguna Gemas
08.15 pagi
Nyanyian lagu Negaraku dan taklimat ringkas jamboree
08.30 pagi
Kayuhan jamboree bermula
12.00 tengahari
Kayuhan jamboree tamat
12.15 tengahari
Ucapan VIP
12.30 tengahari
Penyampaian hadiah pemenang dan cabutan bertuah
01.15 tengahari
Tamat / bersurai


Sunday, April 14, 2013

Senarai Peserta




SENARAI PESERTA TERKINI


Hadiah

WANG TUNAI / CASH





CABUTAN BERTUAH


Complete Giant XTC Composite 2 29er      
















Complete Giant Talon 29er


Complete Giant XTC 29er




ZTR CREST RIMS - 1 pair

Frame Giant XTC 26" - 1 unit

Frame Giant ATX Pro 26" - 2 units























Dan banyak lagi hadiah2 CABUTAN BERTUAH yang bakal dibawa pulang!!!

Saturday, April 13, 2013

Borang Pendaftaran

Sila download borang, lengkapkan dan email pada gemasjamboree@gmail.com bersama-sama bukti / resit pembayaran pendaftaran.


INDIVIDU DAN KUMPULAN



Friday, April 12, 2013